Portal Pendidikan Phishing
Belajar mengenali, mensimulasikan, dan menganalisis phishing
Apa itu Phishing?
Takrifan
Phishing adalah bentuk kejahatan siber yang menipu mangsa untuk memberikan maklumat peribadi seperti kata laluan, nombor kad, atau data sensitif lain dengan menyamar sebagai institusi rasmi.
Matlamat Utama
- Mencuri identiti digital
- Mengambil alih akaun dan sistem
- Menyebarkan perisian hasad atau ransomware
- Melakukan penipuan kewangan
Ciri-ciri Phishing
- Mesej bersifat mendesak seperti "Akaun disekat!"
- Pautan yang kelihatan rasmi namun mencurigakan
- E-mel daripada pengirim yang tidak dikenali atau menyerupai nama rasmi
- Kesilapan tatabahasa atau ejaan dalam kandungan e-mel
Petua Pencegahan Phishing
- Periksa alamat URL dengan teliti sebelum log masuk.
- Jangan klik pautan mencurigakan di dalam e-mel atau mesej.
- Gunakan pengesahan dua faktor untuk keselamatan tambahan.
- Gunakan perisian antivirus dan penapis spam e-mel.
Simulasi Phishing Interaktif
Alami bagaimana serangan phishing berlaku dalam persekitaran yang selamat.
Pelanggan yang dihormati,
Sistem kami telah mengesan percubaan log masuk yang mencurigakan dari lokasi yang tidak dikenali pada akaun perbankan dalam talian anda.
Butiran Log Masuk Mencurigakan
- Tarikh: 22 August 2026
- Masa: 09:06 AM
- Lokasi: Hanoi, Vietnam
Jika ini bukan anda, sila klik butang di bawah dengan segera untuk mengesahkan akaun anda. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh 24 jam boleh menyebabkan akaun anda digantung.
Selamat Datang ke
Anda Telah Terpedaya!
Ini adalah simulasi serangan phishing. Jika ini adalah serangan sebenar, penyerang kini telah mencuri nama pengguna dan kata laluan anda.
Apa yang Salah? Mari kita Siasat/Analisa:
-
Alamat E-mel Pengirim:
E-mel tersebut dihantar darimaybank2u-my.com. Domain rasmi Maybank ialahmaybank2u.com.my. Penyerang sering menggunakan domain yang hampir sama. -
URL Halaman Log Masuk:
Butang tersebut membawa anda ke URL palsu. Sentiasa semak URL di bar alamat pelayar web anda untuk URL yang sah dan ikon mangga (HTTPS). -
Taktik Mendesak:
E-mel tersebut mencipta rasa panik ("amaran keselamatan", "akaun digantung") untuk memaksa anda bertindak tanpa berfikir secara kritis.
Alat Analisis Phishing Menggunakan AI
Terima e-mel atau mesej WhatsApp yang mencurigakan? Tampal kandungannya di sini dan biarkan AI menganalisis potensi ancaman untuk anda.